Kata-Kata Hikmah – Kehidupan ini adalah suatu perjalanan yang nun jauh… hanya kita yang menentukan sama ada kapal
itu sampai di tepian atau karam di lautan.
Darihal seseorang tak usah kau tanya, tapi tanyailah siapa temannya, sebab tiap-tiap
teman itu adalah meniru temannya.
Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlau manis untuk dikenang.
Berusahalah sementara ada kesempatan, jangan menunggu hingga kesempitan.
Sesuatu yang diimpikan tidak selalunya menjadi kenyataan tetapi apa yang tidak diduga berlaku dengan tiba-tiba, biarlah kita menangis hari ini kerana kesakitan semalam. Tetapi usah kita ketawa memanjang
kerana kegembiraan, yang belum pasti untuk selamanya.
Walau sekuat mana sayang kau pada seseorang itu, relakan pemergiannya. Andai kata dia kembali padamu, sesungguhnya takdir telah menentukan dia untuk kau. Tapi, andai kata dia tidak kembali, maka redhalah, ketentuan takdir dia bukan milikmu sejak dari dulu lagi.
Tak kenal maka tak benci… semoga dibuai mimpi ngeri…
Hadiah yang berharga dalam ertikata sahabat yang sebenarnya adalah memberi yang terbaik dari diri anda sendiri…
Setiap manusia memerlukan perubahan, dan perubahan itu memerlukan pengorbanan. Bila disatukan keduanya… ia memerlukan bimbingan.
Kemewahan tidak menjanjikan keberkatan, tetapi keberkatan menjanjikan kemewahan.
Suatu kesilapan itu adalah merupakan pengajaran yang paling bermakna.
Perjuangan itu pahit namun ia menjanjikan syurga yang manis.
Nah, itulah di atas beberapa kata-kata indah, jangan lupa juga untuk membaca kata-kata gombal dan kata-kata romantis
Posted by RISAL